Gambar sekadar hiasan
Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat mendera seorang warga emas sehingga meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Kekasih Hamil 3 Bulan Guna Pisau Ukuran 20 Cm
Artikel Berkaitan: Tragedi Subuh! Dirompak & Diculik Ketika Suami Di Masjid, Mayat Wanita Ditemukan Di Paya Bakau
Kesan lebam pada tubuh mangsa
Foto: Ihsan orang ramai
Memetik laporan Harian Metro, warga emas yang juga merupakan seorang mualaf disahkan meninggal dunia pada Khamis di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang di Arau.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi menjelaskan bahawa pihaknya menerima maklumat berhubung perkara berkenaan sekitar jam 5.30 pagi iaitu sejam sebelum warga emas itu tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Menerusi panggilan telefon yang diterima, Pegawai Perubatan dari Unit Kecemasan HTF menyatakan mangsa disyaki dipukul sehingga menyebabkan kematian.
Hasil siasatan awal mendapati sekitar jam 4.10 pagi, wanita itu dikejarkan ke hospital disebabkan tidak sedarkan diri dan doktor yang memberi rawatan awal bagaimanapun mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Berdasarkan keputusan bedah siasat, warga emas berusia 74 tahun itu mengalami beberapa kesan lebam ditubuhnya.
Pemeriksaan luaran bahagian badan mangsa kemudian mengesan terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.
Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi menjalani proses bedah siasatan pada jam 3 petang tadi (semalam) dan hasil keputusan bedah siasat mendapati terdapat kecederaan pada tubuh mangsa iaitu kesan lebam di bahagian kedua-dua belah mata, dahi, ubun kepala, lidah sisi kiri akibat tekanan.
Selain itu, tiga tulang rusuk kiri mangsa juga didapati patah kerana tekanan, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat disahkan dan masih menunggu keputusan makmal.
Anak & menantu disyaki
Susulan itu, pihak polis mengambil tindakan dengan menemu bual dua orang suspek yang merupakan anak perempuan dan menantu mangsa.
Kertas siasatan dibuka dan temubual awal kita dengan suspek yang juga anak perempuan wanita itu berusia 34 tahun mengaku memukul mangsa menggunakan tangan pada bahagian muka dan kepala pagi semalam.
Temubual awal dengan suami suspek yang juga berusia 34 tahun turut disyaki terbabit dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.
Menurut beliau lagi, telah berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum mangsa meninggal dunia.
Punca pertengkaran adalah disebabkan suspek tidak tahan dan tertekan dengan kerenah serta ragam mangsa sedangkan wanita itu dipercayai menderita akibat sakit strok di bahagian badan sebelah kiri.
Suspek wanita adalah suri rumah manakala suaminya adalah ahli perniagaan bagaimanapun tidak mengaku membunuh mangsa dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Ahmad Mohsin berkata bagi membantu siasatan pasangan itu akan direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Harian Metro