berita

Tak Puas Hati Hidangan Nasi Lemak Dalam Flight, Wartawan UK Kena ‘Sekolah’ Dengan Rakyat Malaysia

January 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja bab sarapan pagi, pasti nasi lemak menjadi menu pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya bagi masyarakat Melayu. Gabungan rasanya yang berlemak dimakan pula dengan kerangupan ikan bilis goreng serta ditambah dengan rasa kepedasan sambal sememangnya menjadi kegemaran masyarakat tempatan.

Namun lain pula yang terjadi apabila seorang wartawan dari United Kingdom, Katie Morley telah memuatnaik satu perkongsian dengan mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh syarikat Penerbangan British Airways (BA). Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Hidangan paling teruk

Menerusi perkongsian Morley di laman Twitter miliknya memberitahu, dia telah dihidangkan dengan menu nasi lemak semasa penerbangannya selama 13 jam itu. Tambahnya lagi, menu tersebut merupakan satu hidangan yang tidak kena dengan seleranya lebih-lebih lagi apabila terdapat kombinasi ikan bilis, telur, ayam bersama nasi. Baginya itu merupakan satu hidangan yang teruk sehinggakan dia telah memberi rating 0/10.

Itu bukan kari tapi sambal

Perkongsian itu menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya berang dengan kenyataan yang dikeluarkan Morley. Tidak cukup dengan itu, mereka turut membanjiri ruangan komen wanita itu dan memberi ‘tunjuk ajar’ kepadanya bahawa hidangan yang dimakannya itu merupakan nasi lemak iaitu makanan tradisional rakyat Malaysia.

Ada juga dalam kalangan mereka yang meluahkan rasa syukur dilahirkan di Malaysia kerana dapat menikmati makanan ini setiap hari dan mereka juga turut mengajak’ Morley terbang ke Malaysia untuk merasai sendiri keenakan dan keunikan rasa nasi lemak.

Tampil mohon maaf

Sementara itu, menerusi perkongsiannya yang terbaru di Twitter, dia telah memohon maaf atas keterlanjurannya dalam kata-katanya itu. Menurutnya, dia langsung tidak mempunyai niat untuk menghina makanan tradisional rakyat Malaysia itu sebaliknya dia hanya membuat penilaian berdasarkan makanan yang dihidangkan oleh syarikat penerbangan tersebut.

Sumber: Katie Morley

SKIP THIS AD ×