berita

[VIDEO] Wanita Berang Beli Nasi Lemak Dapat Cicak – ‘Hilang Selera Makan Aku’

July 5th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Nasi lemak pastinya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Tidak kiralah pada waktu tengahari mahupun malam, nasi lemak enak dimakan pada setiap masa.

Malangnya, seorang individu tidak bernasib baik apabila nasi lemak yang dibelinya didapati ada seekor cicak.

Artikel Berkaitan: Kotornya Kedai Tomyam…

Artikel Berkaitan: Puas Menjamu Selera, Wanita Disyaki Hidang Makanan Dicampur Darah ‘Kotor’ & Air Kencing!

Artikel Berkaitan: [FOTO] Jijik, Kotor! Kilang Roti Guna Sumber Air Tandas, Siap Ada Najis Tikus

Nasi lemak cicak

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Fatihah meluahkan rasa berangnya terhadap tahap kebersihan sebuah kedai yang menjual nasi lemak.

Difahamkan, kedai itu terletak di tepi jalan.

Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat. Hilang selera makan aku.

Dalam pada itu, Fatihah sempat menasihati orang ramai agar memeriksa makanan yang dipesan terlebih dahulu sebelum mula menjamah.

@ffaateha

Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! pengotor gila ??? #fyp

? ?? – mycatso_cute

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan menyangka ianya ikan bilis bersaiz besar. Selain itu, terdapat juga segelintir yang kembang tekak untuk menjamah nasi lemak selepas melihat apa yang dihadapi individu berkenaan.

Sumber: TikTok @ffateha

SKIP THIS AD ×