berita

‘Tak Puas Hati Kita Boleh Debate Face To Face’ – TMJ ‘Sound’ Pengurusan FAS

September 21st, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) didakwa telah menawarkan kontrak dengan gaji sebanyak RM70, 482 sebulan tidak termasuk bonus kepada pemain naturalisasi Harimau Malaya iaitu Sumareh. Terdahulu, Sumareh mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan dan tidak menjalani latihan pada awal Ogos lalu.

Terbaru, pemilik pasukan bola sepak JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menerusi IG Story akaun rasmi miliknya mendedahkan kontroversi dan menegur mengenai isu tawaran serta perpindahan Sumareh ke skuad Gergasi Merah.

Pesanan ikhlas daripada saya

TMJ membidas sikap pengurusan FAS yang dilihat lebih gemar melakukan provokasi terhadap pasukan JDT dan mempergunakan pasukan sendiri untuk kepentingan peribadi. Menurut TMJ, salah satu contoh provokasi yang dilakukan oleh pengurusan Selangor ialah melalui slogan, “Saksikan Harimau Selatan Hilang Taringnya” yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam sedangkan skuad Selangor belum memenangi apa-apa kejuaraan liga.

I’m not your enemy…

TMJ turut mengkritik mengenai pengurusan jurulatih pasukan bola sepak itu. Baginda mendedahkan ruang persalinan pakaian pemain bola sepak itu juga hancur disebabkan terlalu ramai pemain. Perbezaan layanan serta kebajikan pemain tempatan dan luar negara adalah dilihat pilih kasih.

Tambah baginda lagi, dia akan tetap berjuang dan menentang sesiapa sahaja yang hanya menggunakan bola sepak sebagai tujuan peribadi.

I’m not your enemy. Your enemy is your own corrupted football management.

Mesej tawaran diterima Sumareh

Sementara itu, Pengarah Teknikal FAS dari Jerman iaitu Micheal Feictenbeiner seolah berminat untuk membawa Sumareh ke Shah Alam dan dia yakin pemain kelahiran Gambia itu sesuai dengan corak permainan skuad Gergasi Merah. Bagaimanapun, Sumareh mengakui falsafah dan strategi permainan bola sepak pasukan Selangor adalah cukup baik.

Difahamkan, Sumareh masih mempunyai kontrak dengan skuad Tok Gajah sehingga 2022 dan dia mengambil tindakan untuk keluar daripada pasukan Pahang kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan. Bagaimanapun, hasrat FAS tidak kesampaian apabila Sumareh memilih menyertai kelab Thailand iaitu Police Tero pada musim depan.

Sumber: hrhcrownprinceofjohor, Harian Metro

SKIP THIS AD ×