Seorang pengguna Twitter, dikenali sebagai Bakhtiar Ikhwan, menerusi satu thread mendakwa seorang YouTuber yang sering menyajikan content-content yang menarik telah bertindak luar kawalan dengan bergaduh di tempat awam.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah gelanggang futsal dan mangsa telah tampil membuat laporan polis berhubung kes yang terjadi.
Video kejadian
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat kekecohan yang berlaku di gelanggang futsal akibat pergaduhan yang berlaku. Bahkan, terdapat seorang pengguna Twitter yang lain turut berkongsi video menjadi mangsa ketika cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Jelas lelaki ini, YouTuber ini didakwa telah berlaku samseng akibat salah faham yang berlaku. Bukan itu sahaja, dia (YouTuber) dipercayai membawa rakan-rakannya yang lain bagi membantunya memukul mangsa yang bersendirian ketika itu. Bahkan, penggunaan senjata turut digunakan ketika pergaduhan itu.
Selama ni fikir baik lah sangat buat content tolong orang, sedekah sana sini haha dasar hipokrit! Pasal tak puas hati kat futsal je terus ajak 5 buah kereta datang nak tibai sorang eh? Siap bawak kerambit
Laporan dibuat
Menerusi laporan polis yang dibuat, mangsa mendakwa dia telah diserang oleh 25 lelaki yang tidak dikenali. Jelas mangsa lagi, dia telah dipukul menggunakan tangan dan kaki bahkan penggunaan kerambit turut digunakan dalam pergaduhan tersebut.
Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan menanggung kesakitan di bahagiah badan susulan dipukul oleh mereka. Namun, sehingga sekarang tiada respon yang diberikan oleh Youtuber tersebut.
Sumber: Bakhtiar Ikhwan