berita

‘Tak Rasa Bersalah Ke Menipu Duit Orang Tua?’ – Michael Ang Bengang Agensi Pelancongan ‘Scam’ Jemaah Haji

July 8th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lebih 380 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. Berikutan daripada itu, pengarah, Michael Ang meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa kesemua bakal jemaah haji berkenaan.

Artikel berkaitan: Neelofa Simpati Nasib 380 Bakal Haji Terkandas Di KLIA – ‘Harap Ada Rezeki Mereka Dijemput Di Tahun Akan Datang’

Semua benda nak scam

Menurut Michael Ang, dia berasa geram apabila ada segelintir pihak sanggup menipu jemaah haji dan umrah. Lebih menyentuh perasaan, mangsa penipuan tersebut terdiri daripada golongan warga emas. Sebagai manusia, Michael Ang berharap pihak agensi tersebut bertanggungjawab dan mempunyai rasa serba salah setelah melakukan penipuan tersebut.

Tak rasa bersalah ka menipu duit orang tua. Seriously, korang tak ada emak bapa? Nak scam pun pergilah scam orang yang nak cepat kaya.

Kejamnya!

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Sharnaaz Ahmad, Janna Nick, Sheila Rusly dan Catriona Brian Ross bersetuju dengan posting Michael Ang. Ujar Catriona, dia berasa sedih apabila mengenang susah payah para jemaah untuk mengumpul duit demi ke Tanah Suci.

Terdahulu, usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa di Facebook turut meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa kesemua bakal jemaah haji berkenaan. Dia juga menitipkan doa agar urusan mereka dipermudah selain diberi peluang dan kesempatan untuk mengerjakan haji pada tahun akan datang.

Sumber: Michael Ang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×