Seorang pempengaruh di Argentina yang mendakwa telah mengahwini diri sendiri akhirnya membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dalam tempoh hanya 24 jam.
Cerai lepas ‘kahwin’ dengan diri sendiri
Sofi Maure yang berusia 25 tahun mengumumkan perkahwinannya itu menerusi satu gambar swafoto memakai gaun pengantin putih dan tiara emas yang dimuat naik di media sosial pada Februari lalu. Bukan itu sahaja, Sofi turut menyediakan hantaran dan sebiji kek sempena ‘majlis’ perkahwinannya itu.
Hari ini dalam detik paling mengarut dalam hidup, saya membeli gaun pengantin dan membuat kek perkahwinan untuk berkahwin dengan diri saya sendiri.
Namun siapa sangka, tidak sampai 24 jam mengahwini diri sendiri, Sofi mengumumkan untuk ‘bercerai’ dengan dirinya sendiri.
Sehari selepas mengahwini diri sendiri, saya sudah tidak tahan lagi. Saya melihat perceraian mungkin berlaku.
Susulan daripada itu, netizen meminta Sofi supaya berjumpa pakar bagi merawat masalah kesihatan mental yang dialamimya. Tetapi tidak kurang juga ada yang menyokong Sofi yang menunjukkan bahawa dia menyayangi diri sendiri.
Sumber: Kalinga TV