berita

Bertahun Mencari Cinta, Seorang Wanita Akhirnya Kahwini Diri Sendiri

June 12th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang wanita menyedari tidak memerlukan seorang lelaki dan didakwa berkahwin dengan diri sendiri.

Artikel Berkaitan: Tak Sampai 24 Jam Kahwin, Influencer ‘Cerai’ Dengan Diri Sendiri – ‘Saya Dah Tak Tahan..’

Artikel Berkaitan: Wanita Mengaku Pernah Terfikir Tak Akan Berkahwin, Syukur Suami Terima Kekurangan Diri

Berikrar depan cermin

Menerusi laporan Mirror UK, Robbie Fincham, 57, bertindak untuk mengahwini diri sendiri apabila berpisah dengan seorang lelaki pada 2015. Fincham yang memiliki tiga orang cahaya mata itu memaklumkan ingin menyayangi diri sendiri.

Wanita kelahiran Canberra, Australia itu turut menerima cincin perkahwinan dan kek ketika majlis tersebut.

Saya melafazkan ikrar depan cermin dan berjanji untuk sentiasa menyayangi diri sendiri.

Saya tidak tahu sama ada saya akan berkahwin dengan seseorang di masa hadapan walaupun saya tahu hubungan sesama manusia itu adalah penting.

Difahamkan, Fincham menghabiskan beberapa tahun mencari seseorang yang istimewa buatnya namun gagal.

Fincham memaklumkan bahawa dirinya tidak pernah berpengalaman untuk berkahwin secara sah dan formal.

Walau bagaimanapun, perkahwinan yang dijalankan itu tidak diiktiraf secara rasmi di Australia.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×