berita

‘Tak Sangka Dia Buat Surprise’ – Jasmine Suraya Akui ‘Jatuh Cinta’ Dengan Di Matamu

August 16th, 2019 | by Amat Larbsib
Lensa Insta

Semua sedia maklum, penyanyi Di Matamu Sufian Suhaimi pernah gagal dalam hubungan percintaan lepas. Terbaru, dilihat hadir di majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran pelakon Jasmine Suraya.

Sweet je Sufian Suhaimi buat surprise sambil nyanyikan lagu Di Matamu buat Jasmine Suraya.

Kejutan Di Matamu

Jasmine Suraya pada awalnya tidak menyangka penyanyi lelaki itu memberi kejutan sempena birthday. Menurutnya lagi, Sufian Suhaimi turut menyanyikan lagu Di Matamu buat dirinya.

Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya.

Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita.

Kami berkawan baik

Jasmine Suraya mengakui berkawan rapat dengan Sufian Suhaimi dan senang untuk berkongsi apa jua masalah atau cerita. Malah, dia turut mengakui ‘jatuh cinta’ dengan lagu Di Matamu itu.

Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih.

Sumber: Jasmine Suraya