
Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tampil bersuara apabila terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan penggunaan kata ‘bachelorette’ usrah yang diadakan buat penyanyi Amira Othman baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Fattah & Amira, Tapi Saya Masih Ada Lagi Satu Rahsia’ – Betty Rahmad
Artikel Berkaitan: Amira Othman Syukur Dikelilingi Rakan Artis Yang Baik, Majlis ‘Bachelorette’ Usrah Dipuji Warganet
Mohon maaf
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali akui tidak sangka majlis ‘bachelorette’ usrah menjadi bualan di media sosial.
Menurut Betty, awalnya dia memilih penggunaan kata ‘bachelimah’ yang membawa maksud Bachelorette versi Muslimah.
Bachelorette Usrah jadi point pulak.
Macam ini cerita dia, mula-mula nak letak nama “Bachelimah” = Bachelorette versi Muslimah tapi saya rasa macam buruk pulak nama itu.
Jadinya, saya letak Bachelorette Usrah.
Tak sangka pulak jadi isu.
Pada akhir perkongsian, Betty mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas penggunaan kata yang meninggalkan rasa kurang senang pada segelintir netizen.
Imbas kembali, Betty menganjurkan majlis ‘bachelorette‘ usrah sebagai persediaan rakan selebritinya, Amira Othman untuk menjadi isteri solehah.
Majlis tersebut dihadiri rakan-rakan selebriti yang hadir seperti Wany Hasrita, Nabila Razali, Amyra Rosli, Nora Danish dan ramai lagi.
Susulan itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi secara siaran langsung, Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini, jam 8 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).
Sumber: Threads @bettyrahmad