berita

Tak Sangka Semua Ni Berlaku Di Malaysia. Sampai Bila Malaysia Nak Tercemar?

November 24th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Isu pencemaran ni bukan lah isu yang asing lagi dalam kehidupan kita. Dari kecil kita sudah diajar mengenai keburukan pencemaran baik pencemaran udara, air, tanah, sungai dan sebagainya.

Walaupun begitu, rakyat Malaysia masih lagi alpa dengan kesan akibat pencemaran ini. Kebanyakan dari kita tidak menyedari seberapa besar masalah ini dan bagaimana ia akan memberi impak jangka masa panjang kepada bumi.

Masalah pencemaran ini kalau tidak dibendung, generasi akan datang mungkin tidak dapat merasai bumi yang hijau dan udara yang segar lagi.

” Macam ok je lagi, mana ada tercemar” Ha, tak percaya? Jom min kongsikan isu-isu pencemaran yang berlaku di Malaysia ni!

“Kualiti udara di beberapa kawasan terjejas, jerebu semakin menebal”

Kalau korang nak tahu, walaupun tak nampak dengan mata kasar tapi  Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bahawa kualiti udara kita ni terjejas. Pada April, 2023, IPU di Petaling Jaya mencatatkan IPU 120, manakala Segamat sehingga 105 tau!

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

“Beberapa tempat akan mengalami gangguan bekalan air disebabkan pencemaran bau”

Bila dapat je notis ni mesti semua mengeluh betul tak? Tapi, sebenarnya bukanlah disebabkan syarikat bekalan air tersebut tetapi disebabkan oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ni membuang sisa kimia dalam air dan menyebabkan pencemaran bau serta air yang dibekalkan menjadi tidak selamat untuk digunakan.

“Pantai tercemar”

Isu ni memang selalu sangat kita dengar. Kali ni tak boleh nak tunding jari kepada sesiapa sebab rakyat Malaysia sendiri yang buang sampah merata-rata.

Sayang lah guys sebab Malaysia ni dah terkenal dengan kecantikan flora dan fauna, ramai pengunjung dari luar negara yang datang untuk lihat sendiri keindahan ciptaan Tuhan ni tapi dah dirosakkan pula orang pengunjung yang datang beriadah.

“Aktiviti pembalakan secara haram akibat tanah runtuh”

Pembalakan secara haram ni bukan sahaja menyebabkan tanah runtuh tetapi ia juga merupakan salah satu punca terjadinya banjir. Aktiviti menyebabkan peningkatan hakisan tanah dan tanah yang kurang stabil seterusnya menyebabkan tanah runtuh, terutamanya di tempat yang curam kerana akar pokok yang menambat tanah dan menyerap lebihan air hujan.

Ini baru sikit guys, ada banyak lagi  sebenarnya pencemaran yang sedang berlaku dalam dunia kita ni.

Sebab tulah, kebanyakkan syarikat-syarikat besar telah mula melakukan kempen kesedaran serta banyak juga yang mula menukar pembungkusan mereka untuk menjadi lebih eco-friendly.

FGV merupakan antara syarikat yang komited mempergiat aktiviti kelestarian alam sekitar!

Menyedari potensi kesan industri syarikat mereka terhadap alam sekitar, FGV bernekad untuk melakukan yang berikut:

  • Tiada penanaman baru di tanah gambut tanpa mengira kedalaman
  • Tiada pembangunan di kawasan hutan semula jadi, stok karbon tinggi (HCS) atau nilai pemuliharaan tinggi (HCV)
  • Tiada pembakaran terbuka di semua premisnya
  • Tiada penggunaan agrokimia yang dikategorikan sebagai Pertubuhan Kesihatan Sedunia Kelas 1A atau 1B atau yang disenaraikan oleh Konvensyen Stockholm atau Rotterdam

Selain itu, selaras dengan komitmen NDPE tersebut,  tiada penebangan hutan dan penukaran tanah gambut dilakukan dalam operasi mereka semenjak mereka memulakan Dasar Kelestarian Kumpulan (Group Sustainability Policy (GSP)) pada 2019.

Bukan itu sahaja, FGV juga ada mengusahakan beberapa inisiatif lain!

Antara inisiatif lain tersebut ialah Program Pemuliharaan Beruang Matahari Malaya (SBCP), Projek Pusat Pemuliharaan & Interpretasi Rafflesia (RCIC) dan Projek Pemuliharaan Koridor Biodiversiti Mega di Kinabatangan Hilir.

FGV menjadikan pemuliharaan biodiversiti sebagai keutamaan inisiatif mereka kerana kebanyakan ladang mereka terletak berdekatan dengan hutan simpan semula jadi yang juga merupakan habitat kepada spesies terancam dan jarang ditemui.

Oleh itu, FGV berikrar untuk melaksanakan inisiatif pemuliharaan untuk perlindungan berterusan ekosistem semula jadi.

Ha so guys apa lagi? FGV pun dan berikrar, kita pun boleh!

Jom la kita sama-sama pelihara negara kita ni supaya generasi-generasi yang akan datang dapat merasai sendiri kecantikan bumi yang hijau, laut yang biru serta udara yang segar ni!

 

SKIP THIS AD ×