berita

‘Tak Sangka Timbul Kekecohan’ – Viral IPD Sentul Ditutup, Anak Tampil Cerita Hal Sebenar

August 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila ada mendakwa Ibu Pejabat Polis Sentul ditutup gara-gara seorang warga emas yang dipercayai memakai gelang kuarantin Covid-19 hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis. Justeru itu, pihak polis memaklumkan perkara berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak kementerian meminta kawasan dilalui lelaki itu ditutup

Artikel Berkaitan :Balai Polis Sentul Kembali Beroperasi Selepas Proses Sanitasi

Terbaru, anak kepada warga emas tersebut tampil memberi penjelasan. Menurutnya bapanya bukan dikuarantin seperti didakwa, namun hanya mempunyai masalah kesihatan lain dan baru pulang dari hospital.

Hanya salah faham

Apa yang berlaku terhadap abah disebabkan salah faham mengenai gelang dipakainya selepas keluar dari hospital yang tidak ditanggalkan.

Menurut wanita berkenaan, dia menjemput bapanya berusia 81 tahun dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila dibenarkan keluar selepas menerima rawatan sejak 14 Ogos lalu akibat sesak nafas selain masalah jantung.

Sebaik tiba di kawasan rumah, bapanya terdengar azan sedang berkumandang dan memaklumkan dia mahu menunaikan solat Isyak di sebuah surau di Segambut.

Abah memaklumkan dia tidak dibenarkan masuk oleh jemaah surau kerana terdapat gelang pada tangannya yang disangka gelang kuarantin. Ketika abah mahu menjelaskan mengenai gelang itu, ada seorang jemaah surau dikatakan menolaknya. Pada awalnya, abah tidak menceritakan kejadian yang berlaku di surau kepada kami (ahli keluarga).

Malah, dia hadir berseorangan dengan menaiki motosikal ke Balai Polis Sentul pada keesokan harinya (semalam) untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Niat nak buat laporan, tapi lain yang jadi

Tambahnya lagi, ketika berada di Balai Polis Sentul, bapanya sudah menanggalkan gelang berwarna merah itu dan meletakkannya di dalam beg sebelum ia ditunjukkan kepada anggota polis bertugas bagi menjelaskan kejadian yang berlaku di surau berkenaan.

Bagaimanapun, situasi itu menyebabkan kekeliruan kepada anggota polis bertugas yang menyangka abah adalah individu dikuarantin sebelum mereka menghubungi pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Saya hanya menyedari kejadian ini selepas melihat gambar abah yang berada di Balai Polis Sentul tular di media sosial, semalam. Saya cuba menghubungi abah, namun panggilan tidak dijawab.

Beberapa jam selepas itu, ada pihak hospital menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan dan saya menjelaskan bahawa gelang itu dipasang ketika abah menerima rawatan di HKL. Apa yang berlaku ini cuma salah faham dan abah bukanlah individu yang ingkar arahan kuarantin atau pesakit Covid-19.

Menurutnya, mereka sekeluarga termasuk bapanya tidak perasan dengan gelang yang dipakainya sehingga berlaku kekecohan itu.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×