berita

Tak Sempat Rakam Lagu Duet, Shuib Kongsi Video Nyanyian Bersama Siti Sarah – ‘Lagu Ini Bermakna Buat Kami’

September 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Shuib menerusi akaun Youtube miliknya ada berkongsi satu video kenangan bersama Allahyarham Siti Sarah ketika mereka mendendangkan sebuah lagu berjudul ‘Sampai Tua’.

Lagu sangat bermakna buat arwah

Menurut Shuib, momen bersama Allahyarham isterinya itu dirakam pada 20 Mac 2020 yang lalu di kediaman mereka. Pada ketika itu, pasangan ini sedang mendendangkan lagu Sampai Tua sementara seorang lagi individu iaitu Aidid Alfian yang merupakan pemilik lagu berkenaan sedang bermain gitar.

Lagu ini ada cerita tersendiri yang sangat-sangat bermakna buat saya dan arwah.

Bercerita dengan lebih lanjut, Shuib memaklumkan dia dan isteri sudah mendengar lagu tersebut hampir 11 tahun lalu iaitu sebelum mereka berkahwin lagi dan pada tahun lepas, mereka bercadang untuk merakamkan lagu ini sebagai lagu duet mereka berdua.

Lagu ini kami dah dengar 11 tahun yang lalu dan tahun lepas pada 20 Mac 2020, pemilik lagu Aidid Alfian datang ke rumah untuk ambil key saya dan arwah sebab memang kami bercadang untuk jadikan ini lagu duet kami. Tapi Allah SWT Maha merancang. Lagu ini tak sempat di record. Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Video penuh


Shuib turut berkongsi video yang sama di Instagram dan ianya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata daripada mereka mengakui sangat merindui suara, gelak tawa serta celoteh Allahyarham.

Sumber: Shuib Sepahtu, Shuib Channel

SKIP THIS AD ×