Usahawan pakaian Abaya, Afidah Arif tampil mendedahkan sisi pelakon dan penyanyi Amira Othman yang perlu dijadikan contoh buat anak muda.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Raya Sebelah Fattah Amin, Teruja Nak Jumpa Keluarga Besar – ‘Segalanya Dibincang Dengan Baik, Tiada Perbalahan’

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Titip Doa Buat Fattah Amin & Amira Othman – ‘Peliharalah Kasih Sayang & Jauhi Mereka Dari Hasad Dengki’

Amira Othman

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Afidah menyifatkan Amira atau Nadia Amira Othman, 33, sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.

Selain itu, Amira juga dikatakan sering mengutamakan orang lain sehingga sanggup mengetepikan percutiannya demi menemani ayahnya yang kurang sihat pada ketika itu.

Amira ini jenis yang tak banyak bicara. Bukan sombong, sebab dia murah dengan senyuman. Dia cuma cakap bila perlu saja.

Dia tak suka cakap tentang orang lain. Apa yang buat saya kagum adalah sifat tidak pentingkan diri sendiri.

Dia selalu utamakan orang lain. Pernah dulu dia sanggup batal cuti ke Dubai sebab nak teman jaga ayah dia sakit.

Amira simple saja orangnya. Tak suka drama, orang suka atau tak suka dia, Amira akan tetap doakan kesejahteraan mereka.

Tidak habis di situ, pelantun lagu Bincang Raya itu turut meraih pujian apabila sentiasa mengambil berat tentang tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dengan menunaikan solat pada awal waktu.

Mak saya pun puji Amira. Dia sangat menjaga waktu solat. Kadang-kadang kita sendiri rasa malu.

Faham lah kenapa dia sangat tenang dan ramai sayang dia.

Kalau kita sentiasa utamakan Allah, perkara lain juga akan tersusun cantik untuk kita.

Sumber: Threads @afidaharif