berita

Tak Tahan Anak Menangis Ketika Tidur, Bapa Pukul Lengan Sampai Kena Potong

October 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Nigeria, sekumpulan doktor terpaksa memotong lengan seorang bayi berusia dua bulan gara-gara didera dengan kejam oleh bapa kandungnya sendiri. Punca penderaan tersebut berlaku disebabkan si ayah tidak tahan mendengar tangisan anaknya ketika sedang tidur.

Guna kayu dan gelang getah

Menurut ibu mangsa, Favour Chikwe, 20, suaminya bertindak menyerang anak mereka yang diberi nama Miracle dengan penyangkut baju plastik kerana tidak tahan mendengar tangisannya. Suspek yang dikenali sebagai Confidence Amatobi, 31, dikatakan memukul lengan kanan Miracle sekuat hati tanpa belas kasihan ketika isterinya keluar sebentar.

Chikwe yang terdengar tangisan bayinya pada waktu itu bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati tangan kanan anak kecil itu membengkak dan tulangnya patah akibat pukulan yang sangat kuat.

Apabila menyedari dia telah mematahkan tangan anak kami, dia cuba menggunakan kayu dan gelang getah untuk ‘mengikat’ tulang yang patah itu. Saya memarahinya tetapi dia terus mengurung kami di dalam bilik untuk menghalang saya daripada memberitahu sesiapa tentang perbuatan jahatnya itu. Dia juga merampas telefon bimbit saya supaya saya tidak boleh menghubungi jiran-jiran untuk meminta tolong.

Menerusi laporan Peoples Gazette, Chikwe berjaya mendapatkan pertolongan untuk menghantar anaknya ke hospital dan membuat laporan polis terhadap suaminya. Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Chiedozie Mbalewe, pihaknya terpaksa memotong lengan Miracle bagi menyelamatkan nyawanya selepas tangan bayi itu sudah kebiruan dan mengeluarkan bau busuk. Setakat ini, pihak polis dipercayai sedang berusaha untuk menahan Amatobi yang dilaporkan melarikan diri selepas kejadian.

Sumber: Peoples Gazette

SKIP THIS AD ×