berita

Tak Tahan Dengar Tangisan Masa Main ‘Game’, Bapa Pukul Bayi 6 Bulan Sampai Mati, Mangsa Pernah Dicucuh Puntung Rokok!

February 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Terganggu dengan tangisan bayi, seorang lelaki bergelar bapa tergamak mengasari anak kandungnya yang baru berusia tiga bulan hingga mangsa mengalami kecederaan sebelum disahkan meninggal dunia.

Terganggu tangisan bayi

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Regional Kompas, insiden yang berlaku di Indonesia itu dilakukan oleh suspek yang berusia 25 tahun. Ketika suspek sedang asyik bermain permainan video Mobile Legend di telefon pintarnya, tiba-tiba bayinya menangis dan perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan suspek terganggu.

Emosi dengan situasi tersebut, suspek bertindak kejam dengan memukul kepala dan bibir mangsa menggunakan tangan. Selepas daripada kejadian itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia. Walau bagaimanapun, kematian bayi tidak berdosa ini menimbulkan kemusykilan dalam kalangan pasukan perubatan.

Kematian membongkarkan segala-galanya

Sekadar gambar hiasan

Mereka mendakwa kematian mangsa kemungkinan disebabkan oleh penderaan. Oleh hal demikian, mereka melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Hasil bedah siasat mendapati tubuh badan mangsa mempunyai kesan kecederaan akibat benda tumpul terutamanya pada bahagian kepala dan wajahnya.

Rupa-rupanya, mangsa telah didera oleh bapa kandungnya sejak berusia empat bulan lagi dan lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa pernah dicucuh dengan puntung rokok, digigit pada bahagian perut dan dikasari oleh objek tumpul.

Susulan daripada itu, suspek yang bekerja sebagai buruh pembinaan telah ditahan untuk membantu siasatan. Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×