Gambar sekadar hiasan
Tingkah laku toksik seorang lelaki dipercayai telah menjadi punca dia dengan kejam membunuh teman wanitanya yang sedang hamil tiga bulan.
Artikel Berkaitan:Suami Tamak Harta Upah Anak Saudara & Adik Ipar Bunuh Isteri Pertama
Artikel Berkaitan: Berang Niat Nak Sembunyi Kehamilan Ditolak, Teman Lelaki Robek Perut & Bakar Teman Wanita
Ditemui tidak bernyawa
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Mirror UK, kejadian yang berlaku di Bayswater Utara, Melbourne di Australia itu menyaksikan mangsa Michelle Darragh telah dibunuh oleh teman lelakinya, Benjamin Coman semasa mengambil pakaian di rumah lelaki itu.
Kejadian yang berlaku pada 9 Oktober itu terjadi selepas Michelle meninggalkan anak-anaknya bersama ibu dan bapanya. Sebelum ke rumah kekasihnya, dia telah meminta nasihat undang-undang dan menghantar mesej kepada Coman untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.
Ibu bapa Michelle semakin risau apabila dia tidak pulang dan gagal menjawab panggilan telefon mereka.
Pada jam 7 petang, bapanya memandu ke rumah Coman dan setelah masuk ke dalam rumah dia mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.
Diserang sebelum maut ditikam
Gambar sekadar hiasan
Terdapat beberapa luka tikaman pada tubuh Michelle, manakala Coman mengalami kecederaan di perutnya.
Susulan itu, bapanya menghubungi ambulans namun sebaik pasukan kecemasan tiba mereka menyatakan bahawa Michelle dan kandungannya tidak dapat diselamatkan tetapi Coman masih selamat.
Menurut pihak pendakwaan, wanita berusia 32 tahun itu mengalami serangan berterusan sebelum maut ditikam di belakang dengan menggunakan pisau berukuran 20 sentimeter.
Dalam pada itu, berdasarkan maklumat dari pegawai penyiasat, Coman dipercayai telah menikam teman wanitanya itu lalu dia mencederakan diri sendiri. Dia bagaimanapun mengaku membunuh Michelle semasa disoal siasat.
Terdahulu, Coman juga dilaporkan mempunyai masalah mental dan terlibat dengan dadah. Walaupun dia pernah menuduh Michelle menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, tetapi wanita itu sentiasa setia.
Tiga minggu sebelum kejadian tersebut Michelle menyelamatkan Coman dari satu insiden yang mengancam nyawanya.
Sumber: Mirror UK