
Bila hujung minggu je mesti ramai yang pening kepala fikir nak bawa keluarga lepak mana, kan?
Mana tidaknya, nak cari tempat all-in-one yang menawarkan tempat makan sedap, port shopping menarik, aktiviti sihat dan paling penting mesra keluarga bukan satu perkara yang mudah!
Haa… korang tak perlu pusing-pusing. Paradigm Mall Petaling Jaya kini tampil dengan pelbagai tarikan dan tenant baharu yang makin gempak!
Sebagai hub komuniti mesra keluarga pilihan ramai, Paradigm Mall Petaling Jaya sentiasa membawakan kelainan. Jadi setiap kali korang datang, pasti ada sahaja pengalaman baharu yang boleh diterokai bersama yang tersayang.
Ayuh ketahui lebih lanjut antara senarai tenant terbaharu yang korang wajib terjah!
Syurga makanan baharu: Dari lokal sampai ke antarabangsa!
Untuk korang yang sentiasa cari port makan baharu, Paradigm Mall Petaling Jaya memang tak pernah mengecewakan. Ada pelbagai pilihan menu yang pasti membangkitkan selera sekeluarga:
- Rasa Mala: Khas buat peminat tegar rasa pedas dan berempah! Hidangan hidangan berasaskan Mala di sini memang cukup rasa dan dijamin puas hati.
Sumber: Paradigm Mall Petaling Jaya
- Tea Garden: Nak nikmati secawan kopi panas dengan hidangan tempatan yang authentic? Tea Garden ialah port terbaik untuk sembang santai bersama keluarga.
- Oiso: Mengidam masakan Korea yang memikat selera? Dari bibimbap hingga hidangan sup panas, Oiso sedia menghidangkan masakan tradisi Korea yang digemari ramai.
- Pulau Tikus Market: Mengimbau selera dan keunikan makanan ikonik khas Pulau Tikus! Kini, korang tak perlu lagi turun ke Utara untuk nikmati pelbagai sajian tempatan yang padu!
- Happy Potato: Snek kentang goreng pelbagai perisa yang rangup dan ketagih! Sesuai sangat untuk korang beli buat kunyah-kunyah sambil pusing mall.
Gaya hidup dan fesyen segar untuk pilihan korang
Bukan setakat makan-makan sahaja, Paradigm Mall Petaling Jaya turut melengkapkan gaya hidup aktif dan trend fesyen terkini:
Level Up Fitness: Nak kekal fit dan capai sasaran kesihatan korang? Gimnasium seluas 17,000 kaki persegi yang beroperasi 24 jam ini dilengkapi dengan fasiliti serba moden untuk gaya hidup lebih sihat.
Keistimewaan utamanya ialah Recovery Suite yang menyediakan kemudahan Sauna dan Cold Plunge untuk mempercepatkan pemulihan otot selepas workout, serta kerusi urut untuk relaksasi optimum!
Bukan itu sahaja, Level Up Fitness turut menawarkan pelbagai kelebihan lain menerusi kemudahan yang lengkap dan fleksibel seperti ruang senaman strength dan functional 24/7, mesin pin/plate-loaded dan peralatan kardio moden.
Privasi Terjamin khususnya buat para wanita dalam menjamin keselesaan. Bekerjasama dengan HYROX, Level Up Fitness turut menawarkan latihan berprestasi tinggi merangkumi pelbagai kelas fizikal dan virtual Les Mills.
Paling penting, Level Up Fitness dilengkapi Co-working Hub, jurulatih peribadi bertauliah, serta kru dan instruktor yang mesra buat para pelanggan.
O.C.E: Sentuhan rekaan Nordic yang stylish dan moden. Lengkap daripada pilihan fesyen, aksesori hingga barangan rumah (homeware) untuk gaya hidup harian korang!
Hurdis.my: Cabar keberanian dan rasai keterujaan bermain laser tag di PMPJ! Port aktiviti riadah menyeronokkan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Hub komuniti dan tempat cipta memori bersama
Paradigm Mall Petaling Jaya bukan sekadar pusat beli-belah biasa, tetapi sebuah destinasi mesra masyarakat yang menyatukan pelbagai lapisan generasi.
Daripada rancang family date, beli-belah barangan keperluan hingga ke aktiviti riadah hujung minggu, semuanya boleh dilakukan di bawah satu bumbung yang selesa.
Ketahui lebih lanjut mengenai kedai baharu, promosi eksklusif dan aktiviti menarik yang tersedia di Paradigm Mall Petaling Jaya dengan klik di SINI.
Oh ya, jangan lupa ikuti media sosial rasmi Paradigm Mall Petaling Jaya di Facebook dan juga di Instagram.
Jadi, tunggu apa lagi? Kumpulkan ahli keluarga korang untuk Discover What’s New at Paradigm Mall Petaling Jaya hari ini!