Terdahulu, viral foto menyaksikan PU Amin bergambar bersama influencer ‘seksi’ ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa. Foto berkenaan telah dikongsi ‘influencer’ itu bagaimanapun undang kecaman.
Artikel berkaitan: Foto Dengan Influencer Seksi Tarik Perhatian, PU Akui Hadir Bagi Tazkirah & Dakwah
Terbaru, menerusi laporan Utusan Malaysia, PU Amin sebenarnya telah menduga foto berkenaan akan mendapat kecaman.
Takkan saya nak cakap begitu
PU Amin menganggap berfoto dengan mereka tiada salahnya memandangkan dia bukan berpelukan atau menyentuh wanita itu. Tambahnya lagi, dia tidak menolak untuk sesiapa sahaja bergambar bersamanya asalkan tidak melebihi batas.
Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?
Orang perli dan sindir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula? Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula.
Telah diminta untuk turunkan foto itu
Sementara itu, PU Amin menjelaskan dia ke majlis berbuka puasa itu adalah sebagai tetamu jemputan untuk membacakan doa dan member tazkirah mahgrib. Malah, PU Amin juga telah meminta kepada pemilik akaun Instagram tersebut untuk menurunkan foto berkenaan.
Sebelum pergi pun, saya dah bincang dengan isteri dan rakan-rakan. Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.
Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sensitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keampunan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.
Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena kecam juga? Macam mana ini?