berita

‘Taksub Sampai Semua Benda Nak Dijadikan Content’ – Emelda Rosemila Tegur Youtuber

August 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Selebriti media sosial dan Youtuber Aisar Khaled sekali lagi dikecam netizen apabila didakwa menjadikan video ziarah di luar pagar tanah perkuburan arwah Siti Sarah itu demi mengaut tontonan di laman Youtube. Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan ramai dan dianggap biadap termasuklah pelakon Emelda Rosemila yang turut memberi respon terhadap perbuatan itu.

Artikel berkaitan: Dikecam Buat ‘Content’ Youtube Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Mohon Maaf

Semua benda nak dijadikan content

Isteri kepada Adlin Aman Ramlee ini memuat naik sebuah posting di Instagram memberi respon terhadap tindakan seorang Youtuber yang dianggap kurang sensitif terhadap keadaan semasa. Ujarnya, perbuatan tersebut telah dilihat menjadi sebuah ‘ketagihan’ manusia untuk lebih meraih keuntungan tanpa berasa segan.

Ya Allah, manusia sekarang ini habis semua benda nak dijadikan content. Punyalah nak gain ramai orang LIKE, VIEW sampai buat apa sahaja tak fikir malu, tak fikir sensitiviti. Tapis sikit apa yang nak dikeluarkan. CONTENT ni pun dah menjadi seperti satu ‘addiction’ hinggakan tiada segan silu.

Come on guys, tak perlu perlu TAKSUB dengan sosial media nie, sampai segala-galanya nak dicontentkan. Ada yang kita perlu tunjuk kepada orang ramai, ada yang kita perlu jaga and simpan untuk diri sendiri.

Fikirkanlah..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)

Control sikit kadang-kadang kita tak sedar. Yang ambil cerita-cerita aib artis lepas tu masukkan dalam Youtube dengan harapan akan banyak view nanti banyaklah income.

Lepas tu sebarkan pula dalam IG buat cerita-cerita panas pasal orang, gain more followers, buat income IG review, rasa-rasanya macam mana tu? Dah hilang nilai-nilai ahklak manusia yang baik, sifat-sifat malu sopan santun. Semuanya pasal CONTENT. Ramai manusia sekarang suka tagih pujian. PUJIAN itulah dugaan sebenarnya. Bersederhanalah ya.

Emelda menasihati umum agar lebih berwaspada dan perlu ada kesedaran terhadap isu serta situasi yang sedang berlaku. Jangan disebabkan hanya mengejar ‘content’ kita sanggup menggadai akhlak dan nilai sebagai manusia.

Sumber: Emelda Rosemila, Harian Metro

SKIP THIS AD ×