berita

Takut ‘Uncle’ Cium, Anak Bebel Tak Bagi Ibu Pakai Gincu Sebelum Masuk Pasar Raya

October 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, rata-rata warganet terhibur melihat telatah seorang kanak-kanak perempuan yang ‘membebel’ dan tidak mahu ibunya memakai gincu ketika masuk ke sebuah pasar raya.

Kalau cium macam mana?

Menerusi rakaman video berdurasi 0:56 saat, kanak-kanak tersebut dilihat berada di dalam kereta bersama ibunya. Mereka dipercayai hendak masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barang. Sebelum keluar dari kenderaan, si ibu dipercayai hendak memakai gincu. Namun, anaknya yang memakai baju bewarna merah jambu itu telah menghalang ibunya untuk berbuat demikian.

Lebih terhibur, anak kecil itu turut memberitahu sebab kenapa ibunya tidak boleh memakai gincu sebelum masuk ke dalam pasar raya.

Nanti orang tengok. Nanti orang cium dekat pipi. Tak payah mekap-mekap. Tak boleh. Nanti orang pandang-pandang cium. Nanti uncle tu cium.

Rata-rata warganet terhibur melihat cara percakapan anak kecil tersebut sehinggakan ibunya tidak dapat melawan. Menurut warganet, kanak-kanak tersebut bercakap seperti orang dewasa dan pandai menunjukkan reaksi muka sekiranya dia tidak mahu sesuatu perkara.

Video

@nkhayla

Kesian ibu, nak mekap sikit takboleh takut ibu comel sangat… #fyp #budakmengajibabibu

? original sound – Nrkhyla – Nrkhyla

Sumber: Nrkhyla

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×