berita

Talha Harith Tipu Peminat Soal Hubungan Dengan Farah?

February 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Talha Harith

Minggu lalu kami pernah mengeluarkan kenyataan serta foto mesra seorang pelakon yang sedang meningkat naik, iaitu Talha Harith dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Shazreen.

Talha sememangnya pernah menafikan hubungan mesranya dengan wanita tersebut dan menyatakan bahawa gambar yang tersebar di internet adalah gambar lamanya sewaktu dengan Farah.

Namun begitu, menerusi status di laman Facebook Farah baru-baru ini, wanita tersebut telah menyatakan bahawa media sengaja menokok tambah cerita dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar mengenai hubungannya dengan Talha. Apakah maksud disebalik kata-kata Farah ini? Adakah mereka memang sedang bercinta?

Talha & Farah

Farah

Farah Shazreen

Dalam pada itu Farah turut menyatakan, hanya orang yang rapat dengannya sahaja tahu perkara sebenar termasuklah ahli keluarganya.

Farah Shazreen

Sumber : Facebook Farah Shazreen.

SKIP THIS AD ×