berita

Tampil Dengan Imej Bertudung, Norreen Menangis Padam Gambar & Video Tak Berhijab Di IG – ‘Tak Menyesal, Cuma Rindu’

February 2nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, pelakon dan pempengaruh Norreen dilihat sudah mula memuat naik gambar dan video dirinya mengenakan tudung.

Hantaran-hantaran tersebut membuatkan ramai rakan artis dan para pengikutnya tertanya-tanya mengenai imej terbaharunya itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lawat Jalaluddin Hassan Di Hospital, Norreen Iman Sebak Disuap Makanan – ‘Ni Yang Nak Nangis’

Padam gambar tak bertudung

Terbaharu, Norreen tampil menjelaskan bahawa dia sedang perlahan-lahan untuk mengenakan tudung dalam kehidupan sehariannya.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman binti Abdullah memaklumkan bahawa dia sudah mula untuk memadam segala gambar dan video dirinya yang tidak berhijab di media sosial.

Daripada lebih 2,000 gambar, kini hanya tinggal dalam 300 gambar sahaja (yang tidak bertudung).

Terlalu banyak kenangan memori. Saya dan Razzi, anak-anak serta rakan-rakan.

Tapi tak apalah, simpan sahaja di dalam hati.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ tersebut memaklumkan bahawa dia menitiskan air mata saat memadam gambar-gambar tersebut kerana ada ketikanya teringat akan memori lama.

Segala gambar melibatkan kerja, kenangan, konten media yang (tidak bertudung) sudah saya padam.

Saya menangis sewaktu memadam semua gambar itu sebab rindu tapi tiada penyesalan.

Sementara itu, ruangan IG Norreen dilihat telah dihujani dengan komen-komen positif rakan artis dan wargamaya yang ternyata terharu melihat perubahan pelakon berusia 30 tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Norreen terus istiqamah dan segala urusannya dipermudah.

Komen netizen

Sumber: Instagram Norreen 

SKIP THIS AD ×