berita

Tampil Dengan Rambut Ungu, Janna Nick ‘Rawat Luka’ di Itali – ‘Jika Ia Memusnahkan Kamu, Itu Bukan Cinta’

November 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Janna Nick sebelum ini mengejutkan ramai orang apabila memuat naik status sudah ‘single’ selain sudah tidak lagi mengikuti Instagram (IG) aktor, Dini Schatzmann.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muncul Dalam Video Alvin Chong, Netizen Tak Percaya Janna Nick & Dini Schatzmann Dah Putus

Rambut ungu

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Janna memuat naik satu hantaran seakan menepis dakwaan yang mengatakan kisah putus cinta dengan Dini hanya gimik semata.

Jika ia memusnahkan kamu, itu bukan cinta.

Dalam hantaran tersebut, Janna tampil bersama imej baharu dengan rambutnya berwarna ungu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Janna menukar warna rambut atau sekadar memakai ‘wig’ (rambut palsu).

Lagu Me, Myself & I

Sementara itu, aktres berumur 27 tahun difahamkan sedang berada di Itali sekarang ini.

Di Instagram Stories, pemilik nama Nurul Jannah Muner menyatakan pemergian untuk merawat luka itu tidak ditemani sesiapa, hanya seorang diri.

Hanya saya, sendirian. Perjalanan solo hingga saya mati. Saya tidak memerlukan tangan sesiapa untuk berpaut.

Video yang memaparkan ruang bilik hotel itu berlatarkan lagu berjudul Me, Myself & I yang dinyanyikan Bebe Rexha.

Terdahulu, Janna dan Dini memulakan perhubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.

Sumber: Instagram @jannanick

SKIP THIS AD ×