berita

Tampil Dengan Resepi Unik, Guru Ini Akhirnya Dinobat Juara Ratu Mi MAGGi Goreng Malaysia!

September 14th, 2019 | by Shahira
Shout Out!

Haa…Siapa sini peminat setia MAGGI? Mesti korang dah pernah rasa Mi MAGGI Goreng kan. Sedap hingga menjilat jari tau.

Baru-baru ni MAGGI baru saja mengadakan pertandingan memasak #MAGGIgorengMYstail untuk mencari Raja atau Ratu Mi MAGGI Goreng Malaysia 2019.

Resipi mengikut kreativiti

MAGGI Goreng Bunga Telang oleh Hafiza Abu Muaddah, Johor.

MAGGI Goreng Ulam dari Norizah Husain, Selangor

MAGGI Goreng Kam Heong oleh Norul Aimy Abdul Halim, Pahang

Dalam masa 5 minggu, lebih 760 penyertaan diterima oleh pihak MAGGI dari peserta seluruh pelusuk negara. Apa yang lebih menarik, kebanyakan mereka berkongsi resipi masakan mengikut citarasa serta selera negeri masing-masing.

Hanya sepuluh peserta saja layak mengambil bahagian dalam acara masakan yang diadakan di pusat membeli-belah MyTown, Kuala Lumpur. Tapi, hanya tiga hidangan Mi MAGGI Goreng terbaik yang layak dinobatkan sebagai Raja atau Ratu Mi MAGGI Goreng Malaysia.

Pertandingan ini agak sengit kerana setiap peserta berjaya menonjolkan bakat masakan mereka dengan menyediakan resipi Mi MAGGI Goreng yang unik dan berbeza.

Rebus, Rencah, Goreng

Dengan bertemakan tiga langkah mudah iaitu Rebus, Rencah dan Goreng, cabaran MAGGI 2-Minute Noodles menyaksikan kreativiti peserta mengubah perisa berbeza termasuk Kari, Tomyam, Ayam dan Assam Laksa menjadi Mi MAGGI Goreng cara mereka.

Pertandingan Raja atau Ratu Mi MAGGI Goreng Malaysia 2019 ini dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Mr. Juan Aranols, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestle (Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta MAGGI, Sheila Rusly dan Chef Korporat Nestle Malaysia, Abdul Muluk.

MAGGI Goreng Bunga Telang jadi pilihan

Raja atau Ratu Mi MAGGI Goreng bakal membawa pulang baucar membeli-belah bernilai RM3000 dan hamper MAGGI. Tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang baucar bernilai RM2000 dan RM1000 beserta hamper MAGGI.

Dan…Juaranya adalah… Mi MAGGI Goreng Bunga Telang!

Tahniah diucapkan kepada Puan Hafiza Abu Muaddah dengan resipi MAGGI Goreng Bunga Telang yang dinobatkan sebagai Ratu Mi MAGGI Goreng Malaysia 2019. Serta tahniah juga diucapkan kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

SKIP THIS AD ×