berita

Tampil Perjelas Isu Naik Kereta Lebih 3 Orang, Peminat Simpati Neelofa Terus Dikritik

May 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, selebriti popular, Noor Neelofa telah tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka semasa hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, tempoh hari.

Artikel berkaitan: Neelofa Tampil Beri Keterangan Isu Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka

Terbaru, timbul lagi dakwaan di mana Neelofa dan peguamnya menaiki kenderaan yang sama ketika hadir di IPD Seremban pagi tadi. Berikutan daripada itu, Neelofa terpaksa memberi penjelasan satu demi satu kepada umum susulan dakwaan tersebut.

Tidak menaiki kenderaan yang sama

Saya dan peguam tidak pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan yang sama. Assalamualaikum. Saya ingin menjelaskan tentang gambar peguam saya iaitu Zahiril yang menaiki kenderaan saya bersama Haris serta pemandu selepas selesai berurusan di Balai Polis Seremban sebentar tadi.

Menurut Neelofa, mereka hanya menumpangkan peguam tersebut daripada balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter. Tambahnya, kenderaan peguamnya itu diletakkan di ruangan parkir mahkamah dan mereka tidak hadir ke IPD dengan menaiki kenderaan yang sama.

Saya, Haris dan pemandu kami pulang ke Kuala Lumpur dengan kenderaan kami. Manakala, peguam pulang ke kediamannya dengan memandu kenderaannya.

Ujar Neelofa lagi, pihak IPD Seremban sedia maklum tentang perkara tersebut. Pihak polis juga boleh meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana mereka menurunkan peguam tersebut di perkarangan mahkamah atau daripada luar balai polis. Di akhir penjelasan tersebut, Neelofa berharap tiada salah faham yang akan timbul lagi selepas ini.

Tolong jaga lidah korang

Dear netizen, pleaselah jaga lidah korang. Even if neelofa buat silap sekalipun islam tak ajar maki hamun sampai tahap cakap dia penunggang agama, dia derma ke palestine korang cakap untuk tutup buruk dia, astaghfirullah. Tegur lah dengan berhemah, kita ni ada agama.

Tolonglah jaga adab sebagai netizen. Kesian dekat Neelofa kena beri penerangan satu demi satu selepas bermacam-macam dugaan yang dilalui.

Bagi Neelofa ruang dan masa netizen. Kalau tak suka diam, jangan hina sampai tak ingat dunia.

Di Twitter, ada segelintir individu memohon supaya netizen menjaga lidah dan adab mereka sebagai seorang yang beragama Islam. Jelas individu tersebut, dia berasa kasihan melihat Neelofa yang terpaksa menerangkan setiap apa yang berlaku secara menyeluruh kepada umum bagi mengelakkan salah faham.

Sumber: Neelofa

SKIP THIS AD ×