berita

Tampil Segak & Macho, Netizen Puji ‘Comeback’ Azwan Ali Di Lagu Cinta Kita

November 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Setelah lama menyepi dari industri hiburan, selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kembali diberi peluang sebagai pengacara di program TV3 iaitu Lagu Cinta Kita Musim Kedua. Gandingan Azwan Ali mengacara bersama Elly Mazlein sudah tentu memeriahkan lagi program ini sehingga menjadi trending di laman sosial.

Artikel berkaitan: ‘Macam Mimpi! Umur Dah 54 Tahun’ – Azwan Ali Terkejut Dilamar Jadi Pengacara Lagu Cinta Kita

Rata-rata pengguna alam maya memuji imej terbaharu Azwan Ali dan merindui hasil kerjanya sebagai pengacara.

Azwan Ali buat ‘come back

Sebelum ini, Azwan Ali sering mengenakan selendang di leher ketika keluar ke mana-mana saja, namun, bagi program Lagu Cinta Kita dia telah menyarungkan sut lengkap dengan gaya dandanan rambut lelaki terima pujian ramai.

Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, aura pengacaraan Azwan Ali masih lagi berbisa. Netizen turut memuji Azwan Ali pandai untuk mengawal dan menggunakan tone suara ketika mengendalikan program hiburan.

Masih relevan

Rata-rata menyifatkan hasil kerja Azwan Ali masih lagi relevan dan layak berada di atas pentas. Malah, dia juga disifatkan sebagai pengacara ‘legit’ dan sesiapa sahaja yang membesar dengan program yang dihoskan Azwan Ali, pasti merinduinya.

Episod penuh

Jadi, anda boleh saksikan Lagu Cinta Kita Musim Ke-2, setiap hari Ahad, jam 9.00 hingga 11.30 malam selama 8 episod di TV3 atau strim live HD di www.tonton.com.my.

Sumber: TV3 Malaysia, Twitter

SKIP THIS AD ×