berita

‘Macam Mimpi! Umur Dah 54 Tahun’ – Azwan Ali Terkejut Dilamar Jadi Pengacara Lagu Cinta Kita 2

November 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut sahaja nama Azwan Ali atau panggilan mesranya Diva AA, mesti korang teringat celoteh dan gayanya yang tersendiri. Meskipun sentiasa dikritik oleh segelintir pihak, namun semangatnya untuk terus berada di dalam industri tidak pernah luntur.

Terbaru, Azwan Ali berkongsi berita gembira kepada semua peminatnya bahawa dia akan kembali menjadi pengacara di kaca televisyen.

Ingat mereka silap hantar mesej

Memang terkejut dapat offer jadi host. Aku ingat mereka silap hantar mesej WhatsApp, ingat jadi artis jemputan tapi rupa-rupanya jadi pengacara. Lebih mengejutkan, aku akan mengacara bersama dengan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom. Dia seorang personaliti yang brilliant. Macam mimpi! Umur dah 54 tahun, tapi Alhamdulillah Allah SWT dah kata itu rezeki aku.

Menurut Azwan Ali, dia terharu kerana masih ada insan yang memberikan sokongan kepada dirinya dan nampak bakat yang dimiliki. Tambahnya lagi, meskipun dilantik sebagai pengacara silih berganti, dia tetap bersyukur kerana masih diberi peluang. Jelasnya, netizen juga masih ingat akan kemampuannya untuk mengacara.

Langkah drastik kembali sebagai pengacara

https://www.facebook.com/262044791166/videos/835461960533487

Menerusi temubual secara atas talian bersama pengacara dan rakan media tempoh hari, Azwan Ali mengharapkan penonton akan meminati program ini.

Kita nak program berkualiti jadi saya dan Elly Mazlein akan berganding bahu memastikan program ini diminati selama 2 jam ditayangkan. Saya mengharapkan netizen nanti agar menonton program yang membawa minda ke hadapan.

Di samping itu, dia menganggap tawaran untuk menjadi pengacara bersama dengan Elly Mazlein, seumpama mimpi buat dirinya.

Azwan Ali dan Elly Mazlein  akan digandingkan dalam program Lagu Cinta Kita Ke-2. Program ini bakal bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 8 episod. Anda juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my.

https://www.facebook.com/262044791166/videos/690980658499304

Sumber: Astro Gempak, TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×