berita

Tampilkan Barisan Pelakon Hebat, Teater Muzikal Kanak Kanak: Pak Pandir Dan Labu Ajaib Bakal Dipentaskan Oktober Ini

September 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Teater Muzikal Kanak-Kanak: Pak Pandir dan Labu Ajaib oleh JN Studio and Entertainment (M) Sdn Bhd bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 13, 14 dan 15 Oktober ini.

Teater Pak Pandir dan Labu Ajaib

Menurut Janna Nick iaitu penerbit dan pelakon teater Pak Pandir dan Labu Ajaib, idea ini tercetus selepas penglibatannya buat pertama kali dalam satu teater pada tahun lalu.

Saya bangga dapat sampaikan mesej positif kepada kanak, itu la sebab tercetus idea untuk buat teater kali ini disebabkan teater yang sebelum ini.

Saya nak sangat buat teater kanak-kanak dan gembirakan hati mereka. Terlalu banyak hiburan di Malaysia ini adalah hiburan untuk orang dewasa dan kali ini saya nak fokuskan kepada kanak-kanak supaya generasi baharu ini tahu cerita lagenda dan warisan seni budaya kita.

Ketika ditemui OhBulan!, Janna meluahkan rasa syukur kerana Teater Muzikal Kanak-Kanak: Pak Pandir dan Labu Ajaib mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya. Apabila ditanya mengenai perbelanjaan pembikinan teater ini, Janna berkata ianya menelan kos yang agak tinggi.

Bercerita lanjut mengenai persediaan menjelang hari pementasan, Janna berkata dia tidak dapat menjalani latihan selama dua minggu kerana bakal berangkat ke Mekah dan Madinah untuk penggambaran.

Saya akan ke Mekah dan Madinah pada 10 September ini untuk tujuan penggambaran. Ketika saya pergi, mereka akan mulakan laithan. Selama dua minggu, Dini (suami) akan menguruskan semuanya.

Tiket sudah mula dijual

Sekadar info, Teater Muzikal Kanak-Kanak : Pak Pandir Dan Labu Ajaib ini merupakan ideal asal pelakon serta penerbit Janna Nick dan diarahkan oleh Aminah Rhapor manakala Amar Reza Zainal Abidin merupakan penulis skrip.

Sementara itu, barisan pelakon popular tanah air yang bakal menerajui teater ini seperti Bell Ngasri, Janna Nick, Puteri Sarah, Norreen Iman, Aya Amiruddin dan Naque Ariffin.

Saksikan Teater Muzikal Kanak Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib pada 13, 14, 15 Oktober 2023 di Istana Budaya.

Tiket sudah mula dijual dengan harga bermula RM50 hingga RM250. Orang ramai boleh mendapatkan tiket di ticket2u.com.

SKIP THIS AD ×