berita

Tanggung Kesakitan Sejak 2016, Eina Azman Dedah Masalah Kesihatan Yang Dialami Selama Ini

August 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Eina Azman mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya. Menurut Eina, hal tersebut terlalu bersifat peribadi dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Artikel berkaitan: Eina Azman Mohon Maaf Isu Vaksin, Pilih Kunci Mulut Mengenai Masalah Kesihatan

Artikel berkaitan: Eina Azman & Suami Tak Potong ‘Q’, Termasuk Kategori Golongan Berisiko Tinggi – Pengarah Hospital

Terbaru, Eina memberitahu kepada umum mengenai keadaan kesihatannya selepas selesai menjalani satu pembedahan semalam.

Jalani pembedahan

Salam semua. Alhamdullilah after 6 jam lebih saya dah bangun. Ramai yang whatsapp dan dm tanya saya kenapa tak ada update apa-apa sangat di ig. Dan masih terlalu ramai yang nak tau saya sakit apa. Lately ni saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak 4 kali di leher dari tahun 2016 sehingga harini. Dan sakit saya masih tak hilang. Hari ni saya berjaya buat surgery selepas 2 tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit. This is my 2nd option dari Prince Court ke Gleaneagles. Hopefully selepas surgery ni sakit saya akan hilang selamanya. Doakan saya.

Menurut Eina Azman, dia baru sahaja tersedar selepas enam jam ditidurkan untuk menjalani satu pembedahan. Eina turut memberitahu bahawa sebelum ini dirinya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016. Ujarnya lagi, pembedahan biopsy merupakan satu prosedur pembedahan dengan mengambil sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.

Get well soon!

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan dalam kalangan selebriti antaranya Farahdhiya, Iesya Toh, Shima Anuar, Ramona Zam Zam, Adira dan Faezah Elai turut mendoakan kesejahteraan buat Eina.

Terdahulu, pada Mei lalu, Eina dan suami pernah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila didakwa ‘potong Q’ untuk mendapatkan suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak. Bagaimanapun, Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

Sumber: Eina Azman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×