berita

‘Tanya Kalau Tak Jelas Dengan Harga, Bukan Ambil Video’ – Linda Hashim ‘Back Up’ Pemilik Kedai Makan ‘Seafood’

October 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Linda Hashim

Pelakon Linda Hashim menyelar tindakan isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat yang bertindak menularkan sebuah kedai makanan laut di Johor Bahru, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] ‘Mereka Telah Datang Ke Kedai Mak Cik Seramai 20 Orang’ – Pemilik Kedai Tampil Jelaskan Sebab Ekin Dicaj RM1260

Artikel Berkaitan: Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan ‘Cekik Darah’ , Order Ikan & 11 Menu Cecah RM1,260

Linda Hashim

Menerusi perkongsian di Instagram, Linda berpendapat Ekin sepatutnya bertanya terlebih dahulu dengan pemilik restoran apabila timbul rasa ragu-ragu dengan harga makanan yang dikenakan.

Malah, isteri kepada aktor Beego itu turut berasa simpati dengan nasib pemilik kedai terbabit yang menerima kecaman netizen.

Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat live tu…kesian peniaga sekarang, naik harga je kena kecam.

Ingatkan artis je selalu kena kecam, lain kali kalau tak berapa clear dengan harga, boleh je tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okay. Tak baik, kesian mak cik tu.

Terdahulu, Ekin mendakwa harga makanan yang dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di Johor Bahru terlalu mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Sementara itu, pemilik kedai tersebut tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan menerusi laman Facebook anaknya, Mohd Yusof Abdullah.

Kata pemilik kedai itu, Ekin datang ke gerainya yang bernombor 14 di sebuah medan selera bersama hampir 20 orang ahli keluarga beserta kanak-kanak pada petang 30 September yang lalu.

Tambahnya, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan kurang lebih 11 jenis makan yang berbeza seperti siakap tiga rasa, udang butter, siput gonggong, sotong goreng tepung, ikan pari bakar dan beberapa lagi.

Malah, pemilik kedai itu mengatakan dia bersedia untuk bersemuka dengan Ekin dan Mawi bagi menjernihkan situasi yang sedang menjadi bualan hangat orang ramai ketika ini.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×