Penyanyi, Mawi berkongsi pengalaman luar biasa yang pernah dilaluinya ketika berada di puncak populariti apabila kepulangannya ke kampung halaman disambut puluhan ribu peminat yang ingin bertemu dengannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mawi Dedah Diekori Wanita Misteri Hingga Ke Rumah – ‘Dia Mengaku Isteri, Katanya Kami Sudah Lama Nikah Di Alam Ghaib’

Artikel Berkaitan: Mawi Sambut Baik Hasrat Hadie Ajak Berduet – ‘Tiada Masalah, Tengok Lagu Jika Sesuai’

Kaum Cina & India ikut ke masjid

Menerusi perkongsian dalam podcast Sembang Arif, Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 44, memaklumkan ketua kampung ketika itu memintanya mengajak orang ramai untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di masjid.

Menurutnya, bukan sahaja orang Melayu, malah kaum Cina dan India turut mengikutinya ke masjid sehingga ruang saf di dalam masjid dipenuhi orang ramai.

Pertama kali saya balik kampung, puluhan ribu menunggu saya di kampung dekat padang awam masa itu.

Jadi, ketua kampung cakap dengan saya, ‘Mawi, masuk waktu Maghrib ini kau ajak semua pergi masjid’.

Saya cakap, ‘Jomlah, saya pun nak pergi nak pergi solat Maghrib, Jom kita pergi masjid’.

Semua pergi, yang terkejutnya, ada orang India dan orang Cina sekali ikut ke masjid.

Kata Mawi lagi, keadaan menjadi tidak terkawal apabila orang ramai berkerumun untuk melihatnya sehingga mengganggu solat dan menyebabkan imam terpaksa menghentikan solat tersebut.

Sebab saya ajak pergi masjid, semua masuk masjid, dan orang berkerumun.

Kita sepatutnya berdiri atas saf itu, tapi masa itu barisan saf itu semua dah ada orang berdiri.

Belakang tempat orang sujud, pun orang berdiri juga.

Saf jadi rapat macam di Raudhah, orang berebut-rebut nak solat.

Jadi, kedudukan saya dibelakang imam, baru nak angkat takbir, orang dah berkerumun sampaikan ada yang naik atas.

Benda ini tak boleh, imam terpaksa stop solat. Imam siap cakap ni, ‘Allahuakbar, apa dah jadi semua ni?’

Tak sangka hidup dikejar peminat

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Aduh Saliha’ turut terpaksa dibawa dan disembunyikan di dalam sebuah bilik khas di masjid.

Imam tanya saya, ‘Kau pakai ilmu apa ni?’

Saya tak tahu.

Mereka pun bawa saya pergi masuk bilik imam, bawa sembunyikan saya, dan kunci pintu.

Orang keluar daripada masjid, pergi luar ketuk-ketuk tingkap.

Dalam masa sama, situasi tersebut membuatkan dia termenung dan menitiskan air mata kerana tidak menyangka kehidupannya berubah sedemikian rupa akibat populariti yang dikecapinya.

Jadi, saya dalam bilik itu saya termenung, dan menangis.

Kenapa hidup aku jadi macam ni?

Sumber: Instagram