berita

‘Tanya Khabar Dah Memadai’- Lepas Dicerai Talak 3, Vivy Harap Amar Asyraf Jenguk Anak

August 4th, 2020 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Isteri kedua pelakon kacak Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry sebelum ini pernah mendedahkan telah diceraikan dengan talak 3.

Terbaru, Harian Metro melaporkan pengesahan lafaz cerai tersebut masih lagi berlangsung di mahkamah sehingga hari ini.

Pengesahan lafaz cerai masih berlangsung

Menurut Vivy, dia meluahkan rasa syukur kerana Amar telah memberi kerjasama yang baik sepanjang menguruskan hal penceraian mereka. Tambahnya lagi, masalah dokumen yang tidak lengkap sedikit sebanyak memberi kesan terhadap urusan penceraian mereka.

Sebenarnya, ada beberapa dokumen yang tidak lengkap dan menyebabkan mahkamah tidak dapat memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami.

Cerai pada 4 November

Sementara itu, Vivy turut berharap agar urusan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Hal ini secara tidak langsung  boleh membuatkan dia meneruskan hidup bersama anaknya selain membesarkannya.

Namun, saya harap Amar sesekali datanglah jenguk anak atau bertanya khabar pun sudah memadai. Insha-Allah saya akan besarkan anak dengan sebaik mungkin dan berikan kasih sayang sepenuhnya.

Menurut sumber, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak beberapa tahun yang lalu dan Amar telah melafazkan cerai terhadap Vivy pada 4 November 2019.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×