Pasangan romantik bollywood Saif Ali Khan dan Kareena Kapor dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Sebelum ini, ibu aktor kacak tersebut ada mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya akan mendirikan rumah tangga dengan pasanganny pada 16 Oktober akan datang. Namun begitu, baru-baru ini Saif turut mengeluarkan kenyataan bahawa tarikh tersebut berkemungkinan akan ditunda.
Menurut Saif Ali Khan, majlis perkahwinannya terpaksa ditunda buat sementara waktu kerana beliau terlalu sibuk dengan jadual penggambaran. Akan tetapi majlis tersebut tetap akan berlangsung sebelum hujung tahun ini.
Dalam satu wawancara bersama ibu Saif, Sharmila Tagore baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa persiapan untuk perkahwinan anaknya telah pun hampir siap, cuma lokasinya sahaja belum ditentukan lagi. Ini kerana masing-masing dalam dilema sama ada ingin memilih Pataudi atau Mumbai sebagai lokasi majlis perkahwinan.
Sebelum ini, pasangan bahagia ini pernah memilih bulan Februari dan Mac lalu untuk melangsungkan perkahwinan mereka, akan tetapi majlis tersebut terpaksa ditangguhkan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Secara umumnya, pasangan romantik ini telah pun lima tahun menjalinkan hubungan.
Saif Ali Khan dikatakan sebelum ini pernah berkahwin dengan Amrita Singh, namun begitu mereka telah bercerai pada tahun 2004, setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Manakala aktor jelitawan Kareena Kapoor dikatakan bernah bercinta dengan aktor bollywood lain iaitu Shahid Kapoor.
Sumber : Sinar Harian, Kl Pos