berita

Tauke & Isteri Masih Kunci Mulut, Kongsi Video Nyanyi Lagu ‘Permata Untuk Isteri’

November 25th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Nama pelawak Tauke Jambu menjadi kecoh di media sosial selepas viral sebuah video mendakwa dia bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Shu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betul Ke Tauke Kahwin Lagi?

Terima kasih mendoakan

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada Tauke dan isteri, Nadia Mohd Affendi, gagal apabila masing-masing terus membisu.

Bagaimanapun, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria ada memuat naik hantaran di Instagram Stories, semalam, seakan berkait dengan dakwaan dia berkahwin sekali lagi.

Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan. Baik kata kamu maka baiklah aku. Buruk kata kamu padaku, maka buruklah aku seadanya.

Menerusi hantaran yang sama, pelawak berumur 44 tahun itu sedang ‘sakan’ menyanyi lagu, Permata Untuk Isteri nyanyian Kopratasa.

Netizen kerumun ruang komen

Sementara itu, posting Tauke memakai baju melayu berwarna putih yang seakan sama seperti di dalam video tersebut terus dihujani dengan komen warganet yang inginkan jawapan.

Dikongsikan pada hari Selasa, Tauke tidak menulis sebarang kapsyen sekaligus lagi membuat netizen tertunggu-tunggu.

Terdahulu, Tauke menafikan dia menceraikan Nadia melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari tahun 2019.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga. Ia mula goyah apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.

Sumber: Instagram @taukejambu2

SKIP THIS AD ×