Di Twitter, seorang lelaki berang apabila sebuah syarikat menawarkan perkhidmatan kebumikan kucing yang telah mati.
Kucing bukan makhluk mukallaf
Menerusi ciapan yang dimuat naik, lelaki berkenaan menunjukkan pakej harga yang ditawarkan oleh sebuah syarikat bagi menguruskan bangkai kucing yang telah mati. Lebih mencuri tumpuan, syarikat berkenaan dipercayai melakukan proses tersebut mengikut cara Islam.
Sebagai seorang yang beragama Islam, lelaki berkenaan meluahkan rasa berang dan berkata kucing bukan makhluk mukalaaf yang perlu dimandi dan dikafankan.
Harap syarikat yang buat benda ni pergilah mengaji balik dan duduk istighfar. Kucing bukan makhluk mukallaf nak kena dimandi kafan tahlil talqin bagai. Ini dua dalam satu terus, tunggang kucing sekaligus tunggang agama. Parah.
Tambah lelaki itu, syarikat yang menawarkan khidmat tersebut bukan dimiliki oleh orang Muslim.
Dikatakan syarikat yang menawarkan khidmat ni bukan dipunyai oleh Muslim pun. Tapi tak mustahil Muslim yang kurang berpengetahuan akan terjebak pada benda karut sebegini. Yang dipertanggungjawabkan oleh syara’ untuk terima hukum-hakam dan diberi balasan dosa pahala atas setiap urusan dia.
Sumber: Twitter