berita

Teguran Lathi Challenge Dianggap Mengejek Budaya Jawa, Netizen Indonesia Berang, Cabar Da’i Wan

June 6th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Trend Lathi Challenge yang dibuat golongan anak muda hari ini telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Pencetus Ummah Syed Bakri dan Da’i Wan Dazrin antara yang lantang mengeluarkan pendapat mengenai perkara ini.

Terbaru, netizen Indonesia mengecam pendapat Da’i Wan mengenai Lathi Challenge yang dikatakan berasal daripada sesetengah budaya Jawa yang syirik dan khurafat.

Buktikan, minta maaf

Di Twitter, salah seorang anggota kumpulan Weird Genius, pemilik lagu “Lathi” iaitu Reza Arap memohon Da’i Wan membuat permohonan maaf di atas tuduhan yang dibuat. Dia juga mencabar Da’i Wan membuktikan lagu tersebut boleh menyeru semangat ghaib.

Jika perkara ini dibuktikan, dia akan memadam lagu tersebut termasuk muzik video dengan serta merta. Lagu “Lathi” merupakan single terbaru Weird Genius hasil kolaborasi bersama Sara Fajira.

Di ruangan balas, netizen Indonesia yang lain turut meluahkan rasa kecewa apabila ada yang bercakap buruk mengenai budaya mereka.

Dianggap mengejek budaya Jawa

Sumber : YBRAP

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×