berita

Teka Teki Terjawab, Hawa Rizwana Pengacara Baharu MeleTOP – ‘Saya Akan Cuba Yang Terbaik’

November 2nd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Personaliti TV, Hawa Rizwana atau nama sebenar, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan kini sah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara tetap MeleTOP bersama Nabil Ahmad.

Artikel Berkaitan: Sakan Berkaraoke, Netizen Tanya Hawa Rizwana Pakai Seluar Adik Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: Dahla Cantik, Pandai Pula Tu Tamat Master Dengan Keputusan Cemerlang, Netizen Puji Hawa Rizwana

Galas tanggungjawab pengacara tetap MeleTOP

Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi menerusi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung di Astro Ria, malam tadi. Teka-teki peminat selama ini terjawab apabila pembaca berita berusia 27 tahun itu muncul di set dengan busana serba biru tatkala memperkenalkan diri sebagai pengacara tetap MeleTOP.

Menurut Hawa, dia tidak menyangka dirinya diberikan peluang menggalas tanggungjawab ini yang seolah-olah mimpi baginya.

Sebenarnya tak terkata, Alhamdulillah, sebenarnya ini satu mimpi yang tak pernah dijangka. Terima kasih sudi terima saya. InshaAllah saya akan cuba yang terbaik.

Untuk rekod, Hawa Rizwana menggantikan pengacara tetap Neelofa yang meninggalkan program berkenaan pada akhir tahun 2019 lalu. Malah program terbabit tidak mempunyai pengacara tetap untuk bergandingan dengan Nabil Ahmad selepas pengunduran Neelofa.

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×