Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima di media sosialnya telah mengundang perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Gelagat Erma Fatima Salam Mak Semah Sebelum ‘Outstation’ Mencuit Hati 

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Bangga Drama Bidaah Jadi Inspirasi 3 Filem Di Indonesia

Kurang baik

Menerusi perkongsian di TikTok, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Ramad Ali, memuat naik foto dirinya berada di dalam sebuah kereta.

Menurut Erma, keadaanya kurang baik dan kesihatannya juga terjejas.

Keadaan nak pergi kali ini kurang meyakinkan.

BP (blood pressure) aku tiba-tiba naik gila tak bersebab.

Pada sebuah hantaran berbeza di Instagram, kelihatan pengarah berusia 57 tahun itu sedang berada di lapangan terbang untuk berangkat ke luar negara.

Kali ni berangkat dengan rasa kurang menyenangkan sedikit..doakan saya.

‘Banyak berehat’

Bimbang dengan keadaan Erma, adiknya yang juga aktres Umie Aida mentitpkan nasihat supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Jaga kesihatan tu. Makan tepat pada waktunya dan makan makanan yang berkhasiat, tidur secukupnya dan jangan stres.

Dalam masa yang sama, warganet turut bimbang dengan keadaan Erma dan menasihatinya supaya berehat serta mendoakan dirinya sentiasa sihat.

Sumber: TikTok & IG