berita

Telekung Vida Kena Kecam, Netizen Tegur Agama Tak Boleh Buat Main

March 23rd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida berkongsi sebuah video ketika berada di masjid bagi menunaikan solat sunat terawih yang pertama beserta ucapan sempena menyambut bulan ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Siapa Pulak Nak Melamar Saya?’ – Vida

Artikel Berkaitan: Didakwa Kedai Boba Cik B Disihir, Vida Enggan Dedah Individu Yang Lakukan Khianat

Ucapan ramadan

Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya, wanita berusia 51 tahun ini berkongsi ucapan dan doa buat seluruh umat islam yang menyambut bulan mulia ini agar dapat melakukan pelbagai ibadah dengan sempurna.

Assalamualaikum, salam ramadan daripada saya Datuk Seri Vida.

Semoga ibadah kita diterima Allah, diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa, diberikan kesihatan yang baik serta perlindungan dan hidayah. Kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Bukan itu sahaja, video berkenaan telah berjaya menarik perhatian wargamaya apabila pakaian yang dipakainya dalam video terbabit sekali gus mengundang pelbagai kritikan. Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan telekung yang dipakai itu agak berlebihan dan tidak sesuai digunakan untuk solat terawih di masjid.

Bagaimanapun, telekung tersebut tidak pun digunakan oleh usahawan sensasi ini sebaliknya ia hanya sekadar konten di luar masjid sahaja.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Sumber: datoserivida

SKIP THIS AD ×