
Seorang wanita yang dipercayai merupakan kekasih kepada pelakon Ben Amir yang dikenali sebagai Maiya, mengesahkan dirinya kini sudah memeluk agama Islam.
Artikel Berkaitan: Ben Amir Akui Kehidupan Di Filipina Sangat Tenang, Tak Perlu Hadap ‘Jammed’ Macam KL – ‘Sini 50 Kali Pusing Cari Parking’
Artikel Berkaitan: Ben Amir Dilamun Cinta Dengan Wanita Filipina
Kekasih Ben Amir peluk Islam
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Maiya menerusi hantaran di Instagramnya. Maiya yang tampil manis mengenakan hijab meluahkan rasa syukur atas penghijrahannya itu.
Alhamdulillah untuk permulaan baharu ini.
Bersyukur atas segala kasih sayang dan kehadiran pada hari istimewa saya.
Maiya turut berkongsi nama islamnya ialah Liyana Alara yang bermaksud membawa makna baharu, ketenangan dan cahaya.
‘Selamat datang ke Islam’
Dalam pada itu, Ben atau nama lengkapnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, turut memuat naik foto dirinya sedang menandatangani dokumen, dipercayai sebagai saksi proses pengislaman tersebut.
Selamat datang ke Islam. Ambil masa anda, belajar perlahan-lahan dan nikmati keindahannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Maiya istiqamah dalam mendalami Islam.
Susulan daripada penghijrahan tersebut, ramai yang berpendapat kemungkinan Ben dan Maiya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Ben Amir, Maiya








