

Keputusan pelakon tampan, Ben Amir untuk berhijrah je negara orang pastinya telah mengejutkan ramai malah turut menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Bersyukur, Tak Jual Agama Demi Duit & Konten’ – Ben Amir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Amir Dedah Tinggalkan Malaysia, Bakal Mulakan Kehidupan Baru Di Pulau Siargao?
Kemas barang rumah

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ben atau nama lengkapnya Muhammad Amir Sabaruddin, memuat naik foto dipercayai kediamannya dan turut kelihatan kotak-kotak serta barangan rumah yang telah dikemas.
Foto tersebut dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa pemenang kategori Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 34 itu bakal berpindah.
Dalam pada itu, Ben juga mengakui sambutan Ramadan dan Syawal kali ini tidak sama seperti sebelumnya.
Puasa dan raya tahun ini terasa sangat berbeza.
Penghijrahan Ben
Bagaimanapun, pelakon drama Bawah Payung Awan tersebut yakin penghijrahan ke tempat baharu pasti akan memberikan impak positif kepada dirinya.
Saya percaya penghijrahan ini adalah ke arah kebaikan dalam semua aspek kehidupan.
Terdahulu, pelakon berusia 35 tahun tersebut berkongsi tentang keputusannya untuk memulakan kehidupan baru di Pulau Siargao, Filipina.
Menurut Ben, dia juga sedang merancang untuk membina vila selain mahu memulakan perniagaan di sana.
Sumber: IG Ben Amir







