Pemain bola sepak Brazil, Neymar kantoi curang terhadap teman wanitanya yang sarat mengandung selepas tular sebuah video bersama dua wanita tidak dikenali di sebuah kelab malam di Sepanyol.
Artikel Berkaitan: Suami Cerai Isteri Sarat Mengandung Sebab Skandal, Bagi Masa Seminggu Cari Bilik Sewa
Teman wanita kecewa
Memetik laporan Daily Mail, teman wanita pemain bola sepak Brazil iaitu Bruna Biancardi tampil meluahkan kekecewaannya terhadap Neymar dengan memuat naik sebuah hantaran di Instagram pada Rabu lalu.
Saya sedar apa yang berlaku dan sekali lagi saya kecewa tetapi pada peringkat akhir kehamilan saya, tumpuan dan kebimbangan saya hanya kepada anak perempuan saya.
Itu sahaja yang akan saya fikirkan buat masa ini. Saya berterima kasih kepada anda semua atas ucapan yang baik.
Difahamkan, Biancardi yang berusia 29 tahun itu akan melahirkan anak keduanya dalam masa lebih kurang sebulan.
Terdahulu, Neymar didakwa melakukan perselingkuhan dengan wanita lain dan susulan itu dia membuat permohonan maaf kepada teman wanitanya melalui media sosial.
Sekadar info, Neymar yang mewakili negaranya sebanyak 126 kali telah menamatkan kontrak selama enam tahun dengan Paris Saint Germain.
Kemudiannya, dia menandatangani kontrak lumayan dengan kelab Arab Saudi, Al Hilal, dipercayai bernilai RM14.4 juta seminggu.
Sumber: Daily Mail