Baru-baru ini, tularnya satu ciapan dibuat seorang lelaki di Twitter yang mendakwa rakannya dipukul serta didera oleh teman lelakinya (pada ketika itu) hanya kerana tidak mahu melayan nafsu serakahnya.
Artikel Berkaitan: ‘Nyawa Aku, Mak Bapak Aku Pun Diancam’ – Wanita Kongsi Pengalaman Bercinta Dengan Lelaki ‘Psiko’
Siap toreh diri sendiri
Menerusi ciapan dibuat pengguna bernama Amin, dia juga mendakwa rakannya itu tekad untuk memutuskan hubungannya dengan lelaki berkenaan selepas 10 bulan menjalinkan hubungan.
Ini kerana, wanita tersebut didawka sering dipukul setiap kali menolak untuk menunaikan permintaan lelaki tersebut.
Dia dengan lelaki tu selama 10 bulan dan sebelum mereka berpisah pun lelaki itu kerap meminta untuk melakukan hubungan seks dan bila perempuan tu taknak lelaki tu akan pukul dia.
Sampai leher perempuan tu kena jerut dan kena pukul sebab perempuan tu taknak puaskan nafsu dia.
Bukan itu sahaja, bekas teman lelakinya itu juga didakwa sanggup untuk mencederakan dirinya sendiri kerana permintaannya untuk ‘ringan-ringan’ ditolak wanita tersebut.
Selepas teruk dipukul, Amin mendakwa lelaki tersebut mengugut rakannya itu untuk tidak melaporkan kejadian ini kepada sesiapa namun, selepas berfikir panjang, mangsa akhirnya tampil ke balai polis untuk membuat laporan.
Bekas kekasihnya itu kemudiannya ditahan reman selama empat hari namun dibebaskan dan hanya dikenakan denda.
Meskipun sudah ditahan reman, teman lelaki kepada wanita itu dilihat masih lagi mengganggunya malah mengugut untuk membunuh sekiranya tidak dilayan.
Di akhir ciapannya itu, Amin menasihati mana-mana wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika menjalinkan hubungan percintaan dengan mana-mana lelaki.
Ciapan Amin ini turut mendapat perhatian ramai dan sehingga artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih lebih 9,000 retweet dan lebih 8,000 tanda suka.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan yang sanggup mencederakan wanita hanya kerana tidak mahu melunaskan nafu serakahnya.
Mereka juga mendoakan agar segala urusan wanita tersebut dipermudah.
Tweet asal
Sumber: Twitter