berita

Wanita Tergamak Racun Anak Teman Lelaki Sampai Mati

January 16th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita Pennsylvania telah ditahan selepas didakwa membunuh anak teman lelakinya yang berusia satu tahun.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 8 Tahun Mati Ditikam Ibu Ketika Tidur

Artikel Berkaitan: Ibu Dakwa Bayi Digigit & Anak Lelaki Dilempang Di Rumah Pengasuh – ‘Terkoyak Kulit, Ada Kesan Berbirat’

Bagi racun

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Yahoo News, wanita yang berusia 20 tahun didapati mencari maklumat tentang produk rumah yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak sebelum meracuni mangsa.

Beberapa bulan sebelum kematian mangsa, dia dimasukkan ke hospital selepas makan objek berbahaya, termasuk 20 manik air (baby cristal), bateri dan skru logam.

Menurut pendakwa, pegawai kecemasan tiba di rumah bapa Iris di New Castle, namun mereka mendapati kanak-kanak berusia setahun itu tidak sedarkan diri.

Disebabkan itu, Iris dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan sebelum dihantar ke Hospital Kanak-kanak UPMC di Pittsburgh.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 29 Jun 2023.

Keputusan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ yang disebabkan oleh keracunan aseton.

Suspek kini ditahan di Penjara Daerah Owens selepas dinafikan ikat jamin

Sumber: Yahoo News

SKIP THIS AD ×