berita

Temui Gambar Lucah Dalam Telefon Bimbit, Isteri Bertindak Belasah Suami

December 29th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap pasangannya di sebuah lapangan terbangan selepas dia menemui gambar lucah pada telefon bimbit mangsa, minggu lalu.

Artikel Berkaitan: Isteri Belasah Suami Sampai Mati, Anak 11 Tahun Jadi Saksi

Artikel Berkaitan: Dituduh Pukul Suami Dengan Besi Dumbbell Sebab Curang, Isteri Pelakon Buka Mulut – ‘Apa Yang Dia Lakukan Lebih Dari Itu’

Isteri berang

Menerusi laporan New York Post, pasangan suami isteri itu sepatutnya akan bercuti ke South Carolina namun segalanya berakhir tanpa sempat bermula. Dipercayai, pasangan itu berhadapan dengan pertengkaran selepas suspek menemui gambar bogel di dalam telefon bimbit mangsa.

Suspek menyatakan bahawa dia hanya ingin melarikan diri daripada mangsa dan terus pulang ke rumah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 2:50 petang (waktu tempatan) apabila suspek tidak dapat menahan perasan amarahnya apabila menjumpai gambar tersebut.

Susulan daripada itu, mangsa enggan mengaku dirinya diserang walaupun segalanya jelas terbukti menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) apabila mangsa ditendang di kaki, telefonnya dibaling ke lantai dan suspek cuba untuk memukul mangsa di bahagian muka.

Walau bagaimanapun, suspek mengaku atas tuduhan yang dijatuhkan ke atasnya dan ditahan atas keganasan yang dilakukan. Namun, suspek akhirnya dibebaskan sehari kemudian dengan ikat jamin sebanyak AS$5,237 (RM23,166).

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×