berita

Tengah Cari Rumah Impian Untuk Seisi Keluarga? Eco Spring Township Menawarkan Gaya Hidup Ideal Untuk Orang Selatan!

February 1st, 2024 | by Syamirul
Kini Trending

Siapa je yang tak tahu tentang perumahan berkonsepkan township EcoWorld kan? Sebuah kawasan perumahan yang menjadi idaman setiap orang kot.

EcoWorld memang sangat terkenal dengan pelbagai projek perumahan yang gah dan tidak hanya ada di Lembah Klang malah ada juga di Iskandar Malaysia dan Penang dengan lebih 20 projek keseluruhannya. Wow!

Kali ni, min nak share salah satu township yang dilengkapi dengan reka bentuk, alam semula jadi terbaik di Johor, iaitu Eco Spring yang terletak di Tebrau.

Inilah taman perumahan yang ‘rare’ di Malaysia!

Kalau korang semua nak tahu, Eco Spring ini diinspirasi daripada seni bina Eropah yang menjadikan tempat ini kelihatan lebih sofistikated, insta-worthy dan paling penting kawasan perumahan yang menjanjikan ketenangan.

Eco Spring di Tebrau Corridor, Iskandar, merupakan sebuah perbandaran yang mempunyai keluasan sehingga 614 ekar, menampilkan pelbagai konsep kediaman dan komersial yang menakjubkan.

Bukan setakat tu je, ia juga dikelilingi oleh alam semula jadi yang berwarna-warni, kehijauan dan tasik yang bersih.

Tak percaya? Korang tengok video ni :

Apa yang min suka sangat tentang Eco Spring township ni ialah, ianya mempunyai banyak kemudahan yang boleh dinikmati antaranya :

  • 10 mins ke AEON Mall Bandar Dato’ Onn, AEON Mall Tebrau City, IKEA, Kelab Golf Austin Hills dan banyak lagi.
  • 15 minit ke susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan, EDL, Lebuhraya Pasir Gudang.
  • 20 minit ke Bandar Johor Bahru.
  • 30 minit ke LEGOLAND, Educity dan Puteri Harbour.

Amacam menarik tak? Risau tak banyak pilihan? Jangan risau sebab Eco Spring township mempunyai 3 fasa yang korang boleh pilih.

Memang rambang mata lah nanti!

Kàllos vs Dhanà mana pilihan korang?

Masih tercari-cari rumah 2 tingkat yang cantik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan?

Haaa…Eco Spring township ada menawarkan 2 jenis reka bentuk yang mampu menawan hati korang. 

Nak tahu apa? Ni apa yang korang kena tahu tentang 2 variasi rumah ini!

  1. Kàllos – Rumah Cluster 2 tingkat
  • Mempunyai  4 bilik tidur, 4 bilik mandi serta 1 powder room dengan keluasan 2,824 kaki persegi.
  • Ansuran bulanan bermula dari RM 6,065 dan korang boleh menikmati pelbagai fasiliti yang tersedia di club house.
  • Akses ke bilik tetamu yang mudah dengan sambungan halaman yang tampak elegan serta menjaga privasi si penghuni.
  • Dapur, ruang makan dan ruang tamu yang direka khas dengan ciri dan fungsi yang lebih estetik.
  • Bilik tidur yang dilengkapi dengan pemandangan yang menakjubkan.
  1. Dhanà – Rumah Cluster 2 tingkat
  • Mempunyai  4 bilik tidur, 4 bilik mandi serta 1 powder room dengan keluasan 2,827 kaki persegi.
  • Ansuran bulanan bermula dari RM 6,116 dan korang boleh menikmati pelbagai fasiliti yang tersedia di club house.
  • Dapur, ruang makan dan ruang tamu yang berkonsepkan terbuka memberikan impak yang lebih luas.
  • Mempunyai family area di tingkat 1 dengan reka bentuk yang menarik dan mampu memberikan keselesaan bersama yang tersayang.
  • Bilik tidur yang lebih menjaga privasi si penghuni.

Apa yang min boleh cakap kedua-dua variasi rumah ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian yang korang minat.

Jangan risau dua-dua rumah ni memang tip top!

“Hemmm…Saya tinggal sorang, tak ada ke rumah yang lebih sesuai dan menawarkan harga yang lebih murah?’

Siapa cakap tak ada? EcoWorld memang untuk semua orang tau!

Santai, santai di Eco Spring!

Santai D’ Eco Spring di Tebrau ini dibina berdekatan dengan lokasi strategik serta berhampiran Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL), Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya Pasir Gudang supaya semua penduduk mendapatkan kemudahan untuk mengakses keluar masuk dari kawasan perumahan ke kawasan sekitar.

Service apartment ini, berkonsepkan gaya hidup yang unik, sebab berdekatan dengan Spring Labs yang menawarkan tempat-tempat estetika seperti kafe, restoran dan banyak lagi.

Untuk sesiapa yang single atau yang tengah cari kawasan perumahan yang tip top tapi harga rahmah boleh lah pilih Santai D’ Eco Spring ni. Ini baru betul luar service apartment, dalam condo mewah!

  • Mempunyai keluasan 947 kaki persegi dan didatangkan dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.
  • Berdekatan dengan Spring Labs dan Eco Palladium. Walking distance je!
  • Ansuran bulanan bermula dari RM1,800 dan korang boleh menikmati kemudahan rekreasi yang tersedia. 

Macam mana guys, on tak on?

Tunggu apa lagi, cepat book sekarang sebelum terlambat sebab semua perumahan EcoWorld memang cepat sold out tau, macam goreng pisang panas!

Untuk maklumat lanjut mengenai Eco Spring township ni korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×