berita

‘Tengok Gaya Macam Dah Sex Grooming’ – Penceramah Bebas Tegur Lelaki Bangga Cium Mulut ‘Adik’

February 16th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Di media sosial tular satu klip video, yang memaparkan seorang lelaki bertindak mencium mulut ke mulut terhadap seorang kanak-kanak yang didakwa anak angkat. Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada netizen kerana tindakan lelaki itu dianggap tidak wajar dan perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

Susulan daripada itu, penceramah bebas Akhi Fairuz tampil memberikan respon terhadap video tersebut.

Bukan anak ikan

Difahamkan, video tersebut telah dimuat naik oleh lelaki itu di laman TikTok bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya dari negara Indonesia. Lelaki itu juga, tampil menjelaskan sebab mengapa dia berbuat demikian.

Ini bukan anak ikan, ini anak angkat kepada keluarga kami, anak papa.

Jelas lelaki ini lagi, budaya mencium mulut ke mulut sudah sebati dan menjadi ‘tradisi’ dalam keluarga mereka. Pada masa yang sama, kanak-kanak itu dilihat seolah-olah ‘rela’ dengan apa yang terjadi kepadanya. Namun, ada juga yang mendakwa kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak istimewa (autism).

Apa benda ini?

Jelas Akhi, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana bahagian mulut dikategorikan sebagai private part yang tidak boleh sesuka hati disentuh oleh orang lain. Pada masa yang sama, Akhi turut mendakwa kanak-kanak dalam video tersebut telah menjadi mangsa ‘kerakusan’ abang angkatnya.

Pada masa yang sama, dia menggesa supaya netizen tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku.

Respon netizen

Sumber: Akhi Fairuz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×