berita

‘Tengoklah Kecil Mana Jarum Tu’ – Konon Vaksin Covid-19 Ada Cip Pengesan, Ini Penjelasan Dr Amalina

January 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Dr Nur Amalina Che Bakri, memberitahu bahawa dirinya sudah menerima suntikan pertama Pfizer, vaksin Covid-19. Beliau juga menjelaskan beberapa fakta mengenai vaksin yang diterima olehnya pada masa tersebut.

Artikel berkaitan: Dr Amalina Salah Seorang Anggota Pasukan Vaksin Di UK

Susulan daripada itu, rata-rata netizen mengajukan pelbagai soalan berhubung isu vaksin kepada Dr Nur Amalina di Instagram Story miliknya. Antara soalan yang mencuri tumpuan doktor tersebut ialah adakah vaksin Covid-19 mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia.

No microchip in the vaccine

Menurut pelatih pakar bedah Kolej Imperial London itu, vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia. Tambahnya, ia sangat mustahil untuk memasukkan cip di dalam vaksin dan saiz jarum yang kecil. Jelasnya lagi, kedudukan manusia hanya boleh dikesan melalui telefon pintar serta media sosial .

Sebar konspirasi mengenai vaksin

Di samping itu, segelintir netizen turut meluahkan perasaan letih apabila ada sesetengah individu dipercayai menyebarkan konspirasi mengenai vaksin. Menurut Dr Amalina, golongan tersebut mungkin tidak faham mengenai ilmu Sains dan percaya kepada teori konspirasi. Malah, ada yang mempunyai agenda tersendiri dengan menjual barang. Jelasnya lagi, ramai individu hanya membaca tajuk yang kontroversi, tetapi tidak pula membaca kertas penyelidikan. Oleh itu, beliau dan beberapa doktor lain akan terus memberi pendidikan buat semua individu selagi mampu.

Sumber: Dr Nur Amalina

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×