Sebuah pesawat ringan dipercayai dinaiki lapan individu terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini.
Insiden tersebut juga dipercayai turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie. Mengikut maklumat awal bomba, pesawat tersebut berlepas dari Langkawi dan dijadual tiba Lapangan Terbang Subang.
Bunyi dentuman yang kuat
Menerusi laporan Harian Metro, seorang saksi kejadian berkata dia terdengar bunyi dentuman yang kuat ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras.
Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat.
Menurut Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim itu lagi, pada waktu tersebut dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.
Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai. Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.
Tambah Syahmie, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan berlanggar dengan motosikal.
Sumber: Harian Metro